Sebagai ketua negeri, Tok Mat juga mungkin tidak suka orang luar menuduh orang perempuan Negeri Sembilan kaki `queen-control". |
Tengku Mimi Khirlina yang berusia 40-an pernah berbicara
dalam
Facebook bersama
saya. Ia bermula dengan kisahnya menolak
perkahwinannya dengan bekas tunangnya jejaka dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tunangnya dipilih oleh kedua-dua orang tuanya. Tengku Mimi
Khirlina menyatakan kepada arwah bapanya, Datuk Tengku Ibrahim, mengapa dia enggan seboleh-bolehnya berkahwin
jejaka Negeri Sembilan. Alasan yang diberikan, bagaimana liku-liku hidup
berumahtangga yang dialami oleh abangnya
yang pernah berkahwin dengan seorang
perempuan Nogori 9. Sepanjangan perkahwinan itu abang tersiksa dengan
kongkongan isterinya yang berasal dari Lukut, Port Dickson.
Pengalaman
itu membawa pelbagai persoalan
dalam otak Tengku Mimi Khirlina kerana anggapan ia sebagai amalan masyarakat Adat Perpatih.
Soalan dalam pemikirannya ialah, mengapa wanita Nogori 9 bolot
harta pusaka, queen controls atau
buat suami patuh pada arahan isteri, kebendaan atau materialistik. Persoalan
lain lelaki berkahwin wanita Nogori 9 masuk ‘suku’ dan bila bercerai keluar
sehelai sepinggang. Isu ini menghantui pemikiran Tengku Mimi Khirlina kerana
semuanya dilalui oleh abang kandungnya.
Ya, topik hari ini ialah berkahwin orang Negeri Sembilan. Adakah rasis atau prejudis?
Ya, topik hari ini ialah berkahwin orang Negeri Sembilan. Adakah rasis atau prejudis?
Saya
memulakan dengan menimbulkan satu soalan, “Betul ke kahwin
orang Nogori 9 kena queen control?” tanya aku. Soalan ini disambut oleh Tengku Mimi
Khirlina dan beberapa rakan lain.
“Betul
tu, bang ... saya sokong 100%,” jawapan balas dari Tengku Mimi Khirlina pantas.
“ Bila
ditanya sedemikian teringat pesanan sahabat baik arwah daddy yang tinggal bersempadanan dengan Melaka. Pasangan itu beristerikan orang Nogori 9,
selalu berbalah isu hak dan harta. Orang lelaki Nogori 9 perlu berusaha sendiri, juga pembahagian harta
harus diserahkan pada perempuan, menyebabkan dia berpesan jika meninggal dunia dikebumikan
di Negeri Melaka,” tambah Tengku Mimi
Khirlina.
“Maaflah
Datuk setiap hujung minggu saya kena cuti sebab nak balik
Rumah Mak Iti (org N9), “ Kata driver arwah daddy, Uncle Osman. Orang Kedah
"Aiii ...Man tiap-tiap weekend?” Daddy tanya balik
“Ya
Tuk....kucing beranak pun nak balik. Last-last
saya tinggal spender je macam ni,:” kami adik beradik tergelak dengan lawak Pak Man...
‘ Uncle
Osman, arwah dah dia,” sambung Tengku Mimi Khirlina.
“ Saya orang Nogori 9. Suka juga orang Kelantan,” kata
Nazri Yusof pula.
“ Sebenarnya, orang lelaki mana-mana negeri pun baik. Cuma
mungkin lelaki pantai timur lebih lembut dan dapat menundukkan orang perempuan
Nogori 9... agaknya,” kata Tengku Mimi Khirlina lagi.
“
Mungkin
juga perempuan Kelantan pandai cari
rezeki dan tak lokek berbahagi dengan pasangannya menyebabkan lelaki Nogori 9 yang
jauh hati dengan perempuan senegeri dengannya merasakan lega dengan penerimaan
perempuan Kelantan,” tambah Tengku Mimi
Khirlina selanjutnya.
“ Kalau
gitu rasis ke prejudis? Hehehe....mai dari negeri mana pun sama gak... yang pentng diri sendiri, ” sampuk Cikgu Nurul pula.
“Betul
tu cikgu Nurul ... bukan rasis. Tapi prejudis,” aku menyokong Cikgu Nurul.
“ Saya tak sukalah orang prejudis.. sebab saya mengalami
satu
pengalaman macam tu la gak lebih kurang... macam
ne sorang pegawai bank marah-marah saya bila saya berurusan dengan dia di
sebuah bank di KL ... saya dah tak ingat
bank apa dan katanya... waktu-waktu baru sampai
dari kampung ... mai nak daftar kat UPM ...loghat saya pun memang tak leh
kontrol la... dia arah saya pi kaunter laen,
walaupun kaunter dia kosong.. tak dak
sapa..nombor giliran yang dipanggil tu memang
kat kaunter dia,” cerita Cikgu Nurul.
“Waktu
tu zaman-zaman reformasi lagi... sekitar 1999-2000...mungkin ada
segelintir yang prejudis dengan orang-orang
negeri-negeri sebelah utara. Sedih dan
rasa nak menangis ja kat mak saya.. tapi sebab saya cerdik dan sabaaq sikit dari
orang tu ... saya tak dak la nak marah dia balik .. pastu memang saya tak suka kalau orang prejudis terhadap satu kaum, bangsa , budaya..bahasa
dan lain-lain,” jelas Cikgu Nurul
panjang lebar yang berasal daripada Kedah.
“ Bagi
saya biaq kita berbeza, asal selagi menghormati... jangan menilai dari
satu sudut ja... mungkin tu cuma teori kebetulan ja
kot..hihihiihihih,” kata Cikgu Nurul lagi dalam loghat utara lagi.
“Tumpang tanya, apa itu prejudis? Saya ni
kurang perbendaharaan kata,” tiba-tiba
Anuar Khir menyampuk pula
“Prejudis
bermaksud berfikiran negatif iaitu suka memandang serong pada seseorang
atau sekumpulan orang,” terang Shah
Jehan.
“So, bukanlah rasis, ya Shah...?” tanya Tengku Mimi Khirlina.
“
Oh, bukan rasis tapi prejudis atau persepsi saja,” terang Shah Jehan.
“Oh, syukran,”
suara Anuar Khir.
Semua
persoalan dalam pemikiran Tengku Mimi Khirlina
itu hanya persepsi atau momokan sahaja. Masuk suku, queen control, sehelai sepinggang dan lain-lain, hanya konotasi jenaka sahaja. Tetapi, momokan terhadap gadis Nogori 9 yang begitu, hingga menakutkan gadis luar
berkahwin dengan jejaka Nogori 9. Ini menyebab Tengku Mimi Khirlina memutuskan
pertunangan dengan jejaka Kuala Pilah.
Jejaka
Kuala Pilah sangat kecewa dan menyatakan
tidak akan berkahwin dengan gadis lain, kecuali
Tengku Mimi Khirlina. Sebaliknya, tidak
sampai tiga bulan jejaka itu berkahwin dengan gadis Kuala Lumpur juga. Tengku
Mimi Khirlina tidak kecewa tetapi tidak percaya dengan jejaka Nogori 9. Adakah
sikap Tengku Mimi Khirlina itu rasis atau persepsi?
Oleh:
Mohammad Abd Ghani
1 ulasan:
Manusia tetap manusia tanpa mengira asal usul mereka. Manusia sama sahaja di mana-mana. Jangan membuat penghakiman dan bias terhadap orang Nogori 9. ‘Queen Control’ bukan orang Nogori 9 sahaja, tetapi orang KL, orang Perak, orang Penang pun ada yang ‘Queen control’ Adalah tidak adil persepsi itu ditujukan kepada orang Nogori 9, dan sebagai orang Nogori 9, saya menentang persepsi atau tanggapan tak berasas itu.
Oleh: Mohammad Abd Ghani
Catat Ulasan