Aku berkira-kira untuk menjual salah satu insurans
kepunyaanku. Di kepala sudah terbayang kereta baharu yang aku
idam-idamkan. "Hello, Chew, I ingat nak juallah insurans I yang RM50 tu, sambil tu I nak upgrade manfaat insurans yang RM120," kataku pada Chew dalam
telefon.
Aku ada
membeli dua polisi insurans dari Chew sejak tahun pertama aku bekerja.
Chew memang pandai memujuk dan bagus pula cakap dan hujahnya.
Jarang aku dapat menang bila bercakap dengan dia.
Kebetulan
yang sangat tepat, dia ada berdekatan ketika aku menelefon. Maka petang
itu kami bertemujanji di Subway. Aku seorang sahaja yang mengunyah sandwich chicken teriyaki dengan lahap
kerana tengah hari itu aku hanya minum segelas susu.
Chew, bila
kutanya katanya sudah kenyang makan di hotel, atau sebenarnya Chew takut agak
nya kalau-kalau dia kena belanja aku makan. Ya, kadang-kadang aku rasa Chew ni
sedikit bakhil orangnya. Selepas berbelas tahun, aku rasa itu lah Chew
yang kukenal.
"Mer, you nak upgrade macam mana? I cadang you upgrade medical plan you supaya banyak manfaat dapat
diterima," Chew tanpa berlengah memulakan penerangannya sebaik sahaja aku
melabuhkan punggungku ke kerusi.
Lalu Chew
menerangkan perbandingan di antara skim insurans perubatan yang lama dengan yang
baharu dia tawarkan. "Ini bagus wooh untuk you maa, ia termasuk
dengan ladycare tau, bulan-bulan you
bayar RM300 sahaja," Chew terus memujuk.
"Macam
mana dengan insurans yang I nak jual
tu?," aku bertanya merujuk kepada tujuan utama aku berjumpa dengannya
petang itu.
"Sebenarnya,
insurans di beli bukan untuk di jual sesuka hati, manfaat pelan insurans hanya
dapat dinikmati selepas tempoh matang, pendek cerita, insurans ni lebih kurang
sama dengan pencen la, that is why they
did not encourage client to sell their insurance, You punya yang RM50
sebulan tu akan matang dalam 7 tahun lagi, kalau dicampur antara simpanan,
keuntungan dan bonus, you boleh dapat
lebih kurang RM24K, kalau you jual
sayanglah," terang Chew panjang lebar sampai sempat aku habiskan sadwich
ku. Sepanjang Chew bercakap tanpa henti, aku pula sibuk mengunyah tanpa
henti.
"Lagi
kan, ini ada satu lagi plan perlindungan tau, sesuai untuk you yang suka insuran islamik, I-Amal, pernah dengar tak?...ia
bagus tau...ikut takaful, you tau takaful?,"
soal Chew padaku, cikgulah katakan, tengok anak murid leka sahaja cepat-cepat
menyoal.
" Erk,
salah satu kaedah perniagaan insurans?," aku meneka.
"Hah, pandai pun, so plan ini islamik, bukan konvensional, confirm halal dan tidak ada riba'...bla...bla...manfaat
haji..manfaat korban...manfaat hospital sepanjang haji...untuk anak pun
boleh...bla...bla...," sambung Chew lagi panjang lebar.
Aku hanya
menggangguk tanda setuju dan menggeleng bila tak setuju. "Chew, jika
you tau banyak tentang sistem kewangan Islam ini, you tak ingin ke masuk Islam?," aku tiba-tiba bertanya
membuatkan Chew menghentikan 'ceramahnya' pada ku.
"Aaaaa...aku
belum dapat hidayah," jawab Chew tersengih-sengih.
Quote from the Holy Quran, Al-Hajj (22:16)
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَٰهُ ءَايَٰتٍۭ
بَيِّنَٰتٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يُرِيدُ
Wakathalika anzalnahu ayatin bayyinatin waanna
Allaha yahdee man yureedu
"Dan
demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang
jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)" – Merhayati Sipon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan