Selasa, 1 Oktober 2013

‘Wood Badge’















Pada tanggal 3 Julai 2011, jam 8.00 pagi saya duduk sendirian membaca akhbar Berita Harian di tembok pentas Dataran Rembau. Tiba-tiba Cikgu Hassan Ismail menghampiri saya. Kami berbual panjang. Saya asyik mendengar Cikgu Hassan bercerita satu demi satu cerita. Akhinya, Cikgu Hassan  bercerita pengalamannya mengajar di Gemenchih yang jauhnya kira-kira 45 Kilometer dari Rembau.
     Setelah tiga tahun Cikgu Hassan mengajar di Sekolah Kebangsaan Gemenchih, Cikgu Hassan memohon pertukaran ke Rembau. Bagi mengharapkan permohonan pertukarannya berjaya, Cikgu Hassan telah pergi berjumpa Kamaruddin Kachar (KK) bersama Cikgu Yaakub Mohamad yang juga mengajar di sekolah yang sama dengan Cikgu Hassan.
     Mereka pergi ke rumah Kamaruddin di kuaters guru Sekolah Vokasional Sains Rumahtangga Rembau. Mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Kebetulan ketika itu, Kamaruddin Kachar menjawat Pengelola Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
     “Apa halnya kau datang ni Hassan? Kalau tak ada apa hal, kau takkan datang ke rumah ni,” sergah KK. 
     Hassan memandang ke arah Cikgu Yaakub mengharapkan Yaakub menerangkan tujuannya. Sebaliknya, Yaakub hanya ketawa.
     “Berapa tahun kau mengajar Gemenchih dah?,” KK seolah-olah tahu tujuan  kedatangan Hassan dan Yaakub.
     “Tiga tahun lebih sudah,” terang Cikgu Hassan.
     “Tak nak tukar kah?” tanya KK lagi.
     “Itulah hajat datang tadi ni,” terang Hassan.
     “Kalau nak tukar, kau mesti mohon tukar dan tak boleh buat tuntutan pertukaran,” jelas Kamaruddin.
     “Hassan kau ada apa Pengakap?” tambah KK.  
     “Wood badge,” jawab Hassan dengan sebutan yakin. Tapi tidak tahu apa sebenarnya Wood Badge dalam pengakap.
     “Hassan, kau ke Sekolah Kebangsaan Rembau, dekat dengan tunang kau. Kau ada Wood Badge nanti tubuh pengakap,” arah KK. Hassan hanya angguk kepala sahaja.
     “Kau Kop. Ke Sekolah Kebangsaan Kayu Ara. Tunangkau kat kampung Rendah kan?” soal Kamaruddin lagi.
     Pada awal tahun Cikgu Hassan Ismail berpindah ke Sekolah Kebangsaan Rembau. Guru Besarnya, Cikgu Ibrahim Atin dan kerani sekolah bernama Hadi.
Setelah dua bulan bertugas di Rembau, Kamaruddin Kachar melawat Sekolah Kebangsaan Rembau.
     “Hassan kau dah tubuh pengakap?” tanya KK ketika berada di bilik mesyuarat.
     “Hassan, apa dia tahu,” jawab Ibrahim Atin spontan.
     Kemudian Kamaruddin Kachar memanggil Hassan ke Pejabat Guru Besar.
     “ Hassan, kau bohongkan dan,” sergah KK tiba-tiba. Hassan tergaman.
     “Apa?” Hassan hairan.
     “Kau janji tubuh Pengakap sebab kau ada wood badge,” jelas KK
     “Wood badge?” jawab Hassan hairan.
     “Cakap pengakap saya jawab Wood Badge, saya tak tahu pun apa wood badge,” jelas Hassan bila lihat KK marah. KK geleng kepala tidak berkata apa-apa lagi.
     Saya tengok jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.45 pagi.
     “Oh, dah dekat pukul 10 pagi, cikgu” terang  saya.
     “Marilah kita beredar dulu. Esok kita sambung lagi,” Cikgu Hassan yang sudah kurang pendengaran itu mengangguk.
     Cikgu Hassan mula beredar.

Oleh Mohamad Abd Ghani

Tiada ulasan: