“Giliran
seterusnya!”, kedengaran suara dari bilik sebelah memanggil jelas; lalu aku
segera membuntuti Adam masuk ke bilik itu.
“Adam?,” tanya gadis berkaca mata jenama
antarabangsa dan berpelekap gigi itu.
“Saya,” Adam menjawab lembut.
“Mengapa awak tidak menurunkan cop jari?
Itu sebab permohonan awak ditolak,” kata gadis berusia sekitar 20-an itu penuh
yakin tanpa disoal.
“Cop jari di mana? Bukankah cop jari saya
ada di mana-mana pintu keluar masuk Malaysia,” Adam menjawab jujur.
“Yang pasti awak PATI (Pendatang Tanpa
Izin) sekarang,” katanya lagi sambil membetulkan kedudukan kaca matanya.
“Awak kena balik sebelum ditangkap,” gadis
itu terus menjatuhkan hukuman.
“Apa yang boleh dibuat bagi membolehkan
saya terus berada di Malaysia?,” Adam bertanya tenang. Pengalaman kira-kira 20
tahun sebagai `pelancong’ yang bekerja di Malaysia tidak menggentarkannya
dengan `hukuman’ itu.
“Awak kena bayar RM1,500 lagi. Saya sudah berunding
dengan Menteri. Syarikat ejen pekerjaan saya diberikan kuota yang agak besar
bagi membolehkan sesiapa yang sudah mendaftar diberikan permit,” katanya bagai seorang
Ketua Wanita UMNO Kebangsaan.
“Baharu malam tadi perundingan dapat
dibuat,” celah ibu Sang Gadis yang bagai ke siku gelang emasnya.
“Apa jaminannya?” aku segera mencelah bagai tidak sabar melihat silat pulut yang ditarikan oleh gadis itu dan ibunya.
“Jaminan tidak adalah tapi kalau kena
tangkap, telefon saya segera,” kata gadis itu lagi dengan keyakinan 101 persen.
Adam diam seketika.
“Pasport saya sudah mati. Cik Ina sahaja
sudah pegang passport saya lebih dua bulan. Bagaimana mahu pulang?”
“Saya sudah buat arrangement dengan Menteri dan Imigresen di lapangan terbang. Bayar
sahaja upahnya,” kata gadis bernama Ina itu lagi.
“Wang lagi!,” Adam bagai hilang sabar.
“Memang! Semuanya perlukan wang – hendak bayar
polis, hendak bayar Imigresen dan bayar orang Menteri,” Ina memberi alasan
tanpa berselindung.
Aku terus melihat rentak silatnya.
“Cepat buat keputusan! Di luar tu ramai
lagi,” Ina memberi petunjuk supaya segera keluar dari bilik di Tingkat 3
Bangunan Tabung Haji, Jalan Ipoh itu.
“Beginilah. Biar saya ambil balik duit
saya,” kata Adam pasrah.
“Bukankah senang kalau buat keputusan
awal.
“Adam! Mengikut resit, awak bayar kami
RM1,700. Betul?”
Adam mengangguk.
“Daripada RM1,700 ini saya tolak RM400.
Andy wakil saya di Seremban sudah ambil wang komisennya. Syarikat saya pula
ambil RM800 untuk urusan laporan polis, bayar `ejen’ kami di Jabatan Imigresen
dan ramai lagi yang kena bayar,” Ina memberi penjelasan sambil merujuk catatan
bertulisan tangan yang mungkin sudah ditunjukkan kepada ratusan atau ribuan
pendatang asing.
“Ini baki RM500,” katanya sambil
menyerahkan beberapa helai not RM50.
Adam segera mengajakku keluar.
Sewaktu dalam kereta dalam perjalanan
pulang, Adam sempat memeriksa pasportnya dan sampul surat yang berisi lapan keping
foto pengenalan dirinya.
“Boss! Foto ini tidak diusik langsung. Foto
mana agaknya yang digunakan untuk mengisi borang Imigresen dan lain-lain?,” tanya
Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan