"Nanti siap dalam pukul satu.”
Aduh,
lamanya!
Melayanglah
lima ratus selepas dapat kunci. Aku terus ke mesin pembuat minuman Nescafe.
Siapa tak nak air percuma? Dapatlah air Milo meneman aku menonton bola di
anjung tetamu.
Alahai,
bosannya. Pergi depanlah, nak hubungkan telefon dengan internet percuma pusat
servis ini. Dapat juga aku tengok Facebook
dan Instagram. Bancuhan kopi putih
pula meneman aku di perkarangan hadapan kali ini.
Sesudah
aku bosan buat kali kedua, aku jengah majalah dan surat khabar sambil-sambil
menyelak mesej-mesej Whatsapp yang
masuk. Seorang dua bertanyakan soalan. Mereka nak Ujian Pertengahan Semester
Isnin nanti. Tak dapat aku nak kirakan dek ketiadaan kertas dan pen
bersama-sama. Aku menjadi mandur memerintah sahaja sambil mencongak dalam
kepala.
Nak ambil
teh pulaklah. Aku senyum kepada seorang makcik yang duduk berhadapan sewaktu aku
duduk seusai mesin Nescafe menjalankan tanggungjawabnya. Makcik tersebut duduk
bersama anaknya barangkali sewaktu aku membelek Mens' Health.
"Gaji
berapa?"
Aku
bingung. Makcik ni cakap dengan aku ke?
"You/lu
kerja apa?"
Oh,
pekaknya aku.
"Cikgu,"
aku membalas mesra.
Terus dia
senyum gembira sambil menyatakan dia juga dahulu seorang guru. Kami rancak
berbual.
"Dekat
mana?"
"Tangkak,"
"Sekolah
Melayu?"
Aku mengiakan.
Dia
bersetuju lalu menyatakan bahawa dia sudah lama pencen. Dia menyambung lagi
bahawa ramai anakya yang menjadi cikgu juga. Aku menjual perihal ibuku juga
seorang guru. Senyumannya mengurangkan tekanan aku. Teringat mak di rumah.
Selepas bertanya umur mak, dia menyambung.
"Kerja
cikgu dulu gaji sikit... sekarang aaa gaji sudah banyak.”
Aku senyum
tanda setuju. Aku mengiakan fakta itu dengan berkongsi kisah mak mula mengajar
sewaktu bertudung segitiga.
Makcik itu
juga berkongsi kesusahannya berbas ke sekolah. Dia menambah lagi kerja cikgu
itu bagus kerana semuanya cukup. Anak-anaknya pula semuanya bagus. Mungkin
berkat berbakti kepada yang lain murah rezekinya. Aku berseloroh dengan berkata
apa guna wang banyak nanti susah nak fikir harta banyak.
Keasyikan
kami berbual-bual sampai membawa isu kenaikan harga.
"Sekarang
gaji naik pun susah, minyak naik, harga makan pun naik."
Aduh,
memang dasar guru kami ini. Mampu berbual-bual kedai kopi walaupun sedang minum
teh susu!
"Aunty ajar apa?"
"Cina."
"Oh,"
Bahasa Cina mungkin.
Dia
menunjukkan ke arah anaknya yang sedang membayar bil di kaunter sambil
memuji-muji. Anaknya kembali kepada kami sambil membawa senyuman kepadaku.
Makcik itu menghabiskan airnya lalu senyum kepadaku sebelum berlalu.
Zai jian.
Ucapan tersebut tersekat di tekak. Hanya senyumannya yang sempat kubalas.
Xin Nian
Kuai Le!
oleh: Mohamad Ainan Mohamad Anual
Tiada ulasan:
Catat Ulasan