TERLALU
cepat masa berlalu. Hari ini tanggal 21 Oktober 2014 manakala catatan terakhir
yang dibuat melalui blog ini pula ialah pada 31 Januari 2014. Maknanya hampir
sembilan bulan blog ini tidak dikemaskini.
Bukan sahaja dua blog utama milik sendiri tidak
dikemaskini malah komputer yang sering menjadi teman setia juga sudah tidak
diusik lagi dalam tempoh itu.
“Assalamualaikum wbt Tuan Haji… Apo kobar?
Lama tak nampak dalam wall. Buat apo sekarang? Sihat tak.” Itu antara soalan
yang ditemui di FB yang hanya mula dibuka semalam sedangkan pertanyaan itu
dibuat oleh rakan penulis Mohamad Abd Ghani pada 16 September lalu.
Biasalah. Hari ini untuk mengetahui
seseorang itu masih hidup atau sudah meninggalkan alam yang fana ini, semak sahaja
status FB atau twitternya.
Paling mengejutkan blog ini sudah
lintang-pukang. Imej penghias cerita sudah tiada lagi. Lebih hodoh, mastheadnya
juga hilang. Lantas aku cuba menghubungi Google dan hingga petang ini, jawapan
penyelesai masalah masih belum diterima.
Untuk keselesaan pembaca, buat sementara
ini beberapa halaman imej dibuang terus. Bagi pembangun blog yang pernah
mengalami masalah ini, diharapkan dapat membantu saya mengatasi masalah ini.
Hingga ketemu lagi… Maaf dipinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan