Dalam
usaha mencari tukang baiki atap untuk rumah yang baharu dibeli isteri, aku
diperkenalkan dengan Baharin sewaktu makan tengah hari di Restoran Rabena,
Taman Pinggiran Golf minggu lalu.
“Ai yo! Ini orang banyak pandai punya,” Ah
Hang membuat promosi yang disokong rakan broker tanahnya, Ah Sang.
Seorang lelaki berumur sekitar 50-an
bertubuh agak gempal tersenyum bangga dengan pujian pelanggan tetap restoran
yang dijadikan markas mereka sejak sekian lama.
“Betulkah? Saya memang sedang mencari
orang yang pandai baiki atap rumah,” tanyaku. Lelaki itu segera menjawab, “
Banyak dah rumah di taman ini yang saya baiki,” jawabnya bersahaja.
Sambil diperkenalkan dengan lelaki bernama
Baharin itu, kami sempat bergurau senda seperti biasa sambil menjamah makan
tengah hari.
“Rumah abang dekat mana? Tulis sahaja pada
kertas ini. Pukul 3.30 nanti saya datang,” pinta Baharin mesra. Aku penuhi
permintaannya.
“Abang orang mana?”
“Labu.”
“Labu dekat mana?”
“Batu 8.”
“Kenal tak Abu? Dulu dia berniaga di
warung depan SMAP (Sekolah Menengah
Agama Persekutuan).”
“Itu bapa saya.”
“Masya-Allah! Kecilnya dunia ini. Saya
rajin singgah di situ. Gulai ikan sembilangnya first class,” katanya bercanda sambil menunjukkan jari tanda
jempolan kepada Ah Hang dan Ah Sang.
“Dulu abang kerja mana?” tanya Baharin
lagi menampakkan sifat ramahnya.
“Maktab Raja Melewar.”
“Oh pensyarahlah tu. Kenal tak Haji Nasir
yang duduk di Taman Shahbandar tu? Bulan dulu dia cuba baiki bumbung rumahnya. Dia
jatuh dan sekarang badannya kurus.
“Ai yo! Jangan main-main panjat bumbung.
Tambah-tambah bila dah tua macam abang ni,” Baharin terus bercerita bagai ingin
mengukuhkan hujah untuk menggunakan khidmatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan