Mat Handsome kata dia selalu nampak sepasang rusa di tapak projek Laman Sang Pencerita. "Pelancong suka nanti tu Ji!" |
Pagi tadi sewaktu
mewawancara Along Abob yang aku anggap boleh dijadikan Petani Mithali, aku
didekati Mat Handsome.
“Tuan Haji! Boleh cakap sekejap,” pintanya
ringkas sambil membawa aku ke kedai sebelah yang masih belum dibuka. Isterinya
ditinggalkan sendirian di meja makan.
“Cakap terang-teranglah Ji. Saya nak pakai
duitlah,” Mat Handsome bagai mahu membuktikan janjinya kepadaku dulu supaya
bercakap benar dan berterus-terang.
“Nak buat apa?”
“Saya nak jamin anaklah,” dia bagai berbisik.
“Apa salah dia?”
“Inilah budak-budak muda sekarang. Pasal
campur budak jahat, anak saya jadi jahat juga,” katanya persis tidak mahu
mengakui kesilapannya sendiri.
“Dia baharu belajar benda tu Ji,” dia cuba
meyakinkanku sedangkan aku tahu bukan anaknya sahaja yang ambil dadah malah Mat
Handsome juga begitu.
“Shabu, ektasy atau heroin?”
“Shabu, ektasy atau heroin?”
“Ganja je Ji,” selamba sahaja Mat Handsome
menjawab.
Aku lupa nama anaknya itu tapi di hari
pertama bekerja Mat Handsome tidak sendirian tapi turut membawa anaknya.
“Bayar dia RM50.00 cukuplah Ji. Dia
budak-budak lagi,” pekerja memberi arahan kepada majikannya pada hari pertama
bekerja.
Aku tahu itulah satu-satunya anak Mat
Handsome. Dialah gunung dan dialah payung. Menurut cerita orang kerana
sayangkan anaknya, Mat Handsome ikut sahaja kehendaknya termasuk tidak mahu meneruskan
persekolahan.
“Berapa nak pakai?”
“Seribu Ji.”
“Banyak tu!”
“Saya boleh bekerja dengan Haji balik. Nanti tolaklah gaji saya,” sekali lagi Mat Handsome memberi arahan.
“Saya boleh bekerja dengan Haji balik. Nanti tolaklah gaji saya,” sekali lagi Mat Handsome memberi arahan.
“Kalau nak cepat habis bayar, saya bawa anak
saya sekali. Keluar lokap nanti, terus bekerja dengan Haji.”
“Beginilah! Saya boleh tolong. Tapi dengan
satu syarat.”
“Apa syaratnya Ji.”
“Jangan ulang cerita dulu.”
“Saya janji Ji. Taubat tak buat lagi.”
“Esok datang ke kebun.”
“Pukul berapa Ji?”
“Pukul lapan.”
“Pukul lapan.”
“Baik Ji. Terima kasih banyak-banyaklah
selalu tolong saya,” wajah Mat Handsome bercahaya semula. Satu lontaran senyum
dihantar ke meja isterinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan