MEMANG sukar memisahkan diri daripada kebiasaan. Itulah tugas guru yang
mungkin tidak disedari oleh sebahagian anggota masyarakat.
Walaupun
sudah hampir lima tahun bersara, aku masih guru – guru di mana-mana sahaja.
Sejak 1
Muharam lalu aku sedang `menternak’ (istilah yang diguna pakai Kementerian
Pendidikan kini) Ahmad Irfan yang masih berusia 12 tahun itu. Aku tak mahu
cakap panjang. Ikuti diari projek CSR syarikatku di blog atau FB Agro Kraf.
Senja tadi
Allah bagai sengaja memilih Irfan sebagai objek ujiannya.
“Pakcik!
Duit upah tolak lori bila nak beri?”
Soalan itu
sudah diulang tiga kali dalam tempoh tidak sampai satu jam tapi aku diamkan
sahaja bagai tidak mendengarnya.
Beberapa
minit sebelum azan Maghrib tadi, Irfan bertanya lagi inginkan kepastian.
“Duit upah
tolak lori bila nak beri Pakcik?”
“Kalau
Irfan nak minta upah, Pakcik juga boleh minta upah kerana ambil gambar Irfan
masuk blog dan FB. Pakcik bawa jalan-jalan dan makan cendol. Pakcik juga selalu
belikan ais krim. Pakcik selalu kata pada orang Irfan semakin berubah. Irfan
dah mula nak terkenal di taman perumahan ini.”
Irfan
bagaikan tersentak dan berlalu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan