Inilah kebun yang diracun Mat Handsome |
TIDAK seperti yang dijanjikan, Mat Handsome dan anaknya yang aku bayar wang
jamin RM1,000.00 tidak datang bekerja.
Sewaktu
lalu di bahagian depan rumahnya, aku dengar suara gurau senda Mat Handsome
bersama isteri yang diselang-seli dengan sampukan suara satu-satu anaknya, Mat
Handsome Junior.
Aku tidak
mahu merosakkan suasana bahagia berkeluarga mereka, lalu pergi.
Keesokan
paginya aku lewat ke kebun – sekitar jam 9.30 pagi. Mat Handsome dan Juniornya
tidak terlihat wajahnya. Hanya kira-kira 15 minit kemudian, mereka muncul dari
arah baruh.
Aku
menyerahkan racun rumpai yang dibeli.
“Ji! Pakai
RM50.00. Duit rokok tak adalah.”
“Safri!
Kalau saya beri setiap hari, sampai bilapun hutang RM1,000.00 tu tak akan
langsai.”
“Duit
makan pun tak ada Ji. Macam mana nak kerja,” Mat Handsome yang mungkin tahu
kelemahanku menggunakan buah silat pulut itu.
Memang aku
tak boleh dengar orang tak makan, maka note
RM50.00 bertukar tangan.
“Anak saya
Ji. Dia pun tak ada duit rokok.”
Kesabaranku
mula dijentik. Sudahlah sebahagian isi kotak rokokku semakin menipis kerana
ditumpang sekaki, kini kena pula beri duit rokok bapa dan anak.
Pada
kira-kira jam 11.30 pagi, Mat Handsome minta kebenaran untuk pulang seketika ke
rumahnya yang terletak di baruh kebun.
“Nak balik
minum sekejap Ji.”
Dan Mat
Handsome gagal menghabiskan air minumannya sehingga ke petang. Anaknya juga
tidak kelihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan