Setidak-tidaknya aku perlukan RM1,000.00 hari ini. Sabtu adalah hari
gaji mingguan dua pekerjaku – Edo dan Andy. Andy telah kubayar pagi tadi – RM400.00
dan Edo pula yang biasanya menghabiskan cuti hujung minggunya di Kuala Lumpur,
tidak dapat kubayar gajinya sehingga lewat malam ini. Dia telahpun ke Kuala
Lumpur dengan bekalan RM30.00 yang kuberikan di Terminal Bas Seremban petang
tadi.
Oleh
kerana itulah sejak awal minggu aku menghubungi pemiutangku agar dapat
menjelaskan hutang masing-masing; setidak-tidaknya secara beransur. Jumlah
kesemua hutang mereka melebihi RM200,000.00
Keinginanku
kuat untuk menuntut hutang yang sebahagiannya melebihi tiga tahun atas
kesedaran mengapa perlu menagih simpati kawan untuk meminjam sedangkan aku ada
wang sendiri yang ditangguhkan berada di poketku.
Seorang
daripada penghutangku berjanji menjelaskan bayaran hutang bernilai RM60,000.00
minggu lalu. Katanya bukunya terpilih sebagai teks sastera Tingkatan Satu tapi
hanya beberapa minit lalu menjelaskan duit itu akan sampai minggu depan – tak tahulah
sama ada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya.
Sewaktu
aku menelefonnya senja tadi, dia bersedia membantuku memasukkan ke dalam
akaunku RM500.00 untuk bayaran gaji Edo minggu ini. Hanya sekitar jam 11.00 malam
sewaktu aku menanti panggilan menyatakan wang telah dimasukkan, mesej baharu
masuk “Aku memang X ada duit. Betul Zul. Teruk. Harap buku DBP sahaja.”
“Aaaah!”
Aku benar-benar diuji hari ini.
Sebaik-baik
meninggalkan Labu sekitar jam 3.00 petang tadi kami menghantar Andy ke rumah
kongsi rakannya di Sendayan; kemudian aku mengajak Edo ke Restoran Indonesia di
Jalan Lee Sam sementara aku membuat beberapa panggilan kecemasan.
Data
nombor rakan dalam Lenovo yang baharu kubeli terlalu terbatas untuk meminta
bantuan. Sejak Nokia dan IPhone 4C kuhilang, Sim Card talian `post-paid’ yang
didaftarkan atas nama anak sulungku masih tidak dapat kugunakan lebih sebulan
kerana dia tidak pulang ke Seremban. Jadi terpaksalah aku memandu ke rumah teman
yang dijangka boleh membantu hinggalah jam 10.00 malam tadi.
Inilah
antara hasil panggilan, hubungan khidmat ringkas dan bersemuka dengan mereka
yang selama ini aku anggap kawan rapatku.
Kawan 1
(Mod: Panggilan Telefon)
“Tunggulah
dua tiga hari lagi. Saya sibuk sekarang.”
“Terima
kasihlah. Selepas tiga hari wang tidak bernilai lagi kepada saya. Wang hanya
ada harga apabila diperlukan.”
Kawan 2
(Mod: Bersemuka)
“Sepupu
kau memang teruklah. Tidak macam kau – a good paymaster.”
“Geng!
Boleh tak aku pakai RM3,000.00 buat berniaga. Sebelum jatuh matahari 31
Disember aku bayar bersama keuntungan.”
“Tak ada duitlah
Geng!”
(nota: Dia
sering dikatakan kembarku)
Kawan 3
(Mod: SMS)
“Look for
me when I’m at home. Yesterday I was working in Melaka. U r no more a
bankcrupt. So what’s ur problem. Just SHUT UP ok…”
(nota:
Kawan ini membankrapkan aku kerana membeli dua kereta jenama yang sama serentak
(satu untuk adiknya) dan aku terpaksa menggunakan wang graduiti berjumlah
RM30,000.00 untuk membebaskan diri).
Kawan 4
(Mod: SMS)
“Tuan tak
salah tapi minta tolong tuan jangan `push’ saya. Ada rezeki saya bank-in. Buat
masa ini sedang cari rakan-rakan yang boleh bantu saya yang tenat ini.”
(nota:
Kawan ini tinggal di banglo dua tingkat di taman perumahan berprestij dan
memandu Mercedes S Class).
Kawan 5
(Mod: Telefon)
“Aku
baharu habis kelas. Dekat Shah Alam ini susah cari bank. Hujan lebat sekarang.”
(Selepas
itu dia tidak menjawab panggilan telefon lagi).
Dan
sekitar jam 11.00 malam tadi, pesanan ringkas Edo masuk…
“Usahakanlah
Tok.Saya sudah tak ada wang. Tadi yang Dato’ bagi dah habis buat makan sama
kawan. Tadi kalau Dato’ cakap awal-awal tak ada wang, aku tak pergi KL. Kalau
macam ini caranya, aku kerja lain sahajalah Tok.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan