Z. Lokman bersama Mr. Hon dan Tajudin di Kemayan Square |
Perkenalan kami bermula sewaktu aku membangun Taman Tema Sang Pencerita, taman tema mini yang membabitkan kawasan kira-kira sembilan ekar - lima ekar daripadanya tanah milik isteri, satu ekar dalam proses pembelian (dah buat bayaran muka RM9,000 kepada `pemiliknya' Maimunah Daud, `kakak tiri' isteri), dua ekar dipajak daripada Puan Rohani Mohd Isa dan kira-kira satu ekar dalam proses pajakan.
Secara tepatnya kesemua tanah ini terletak bersebelahan dan kedudukannya cukup strategik iaitu di Batu 7, Jalan Labu (betul-betul bersetentang dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu - SMAP). Aku telah membuat perkiraan logistik selaras dengan pembangunan bandar baharu - Bandar Ainsdale milik Sime Darby yang hanya terletak kira-kira lima Kilometer.
Bagai cerita Hindustan, pagi itu hujan lebat dan Z. Lokman yang basah kuyup singgah berteduh dalam perjalanan bermotosikal ke Kemayan Square, Seremban - pejabat rumah produksi Laksana Talian Sdn Bhd - milik Mr.Hon.
Pada pagi yang basah itulah kedua-dua Orang Tua Labu itu kali pertama bertemu secara `in-person' dan cinta bersemi.
Oleh kerana minat pada benda yang sama - filem dan yang semusim dengannya - cinta semakin terikat erat yang membolehkan kedua-duanya tidur bersama di banglo tua milik mentuaku - Mr. Alfred Flower @ Mohamed Farid.
Pelbagai program aku rancang untuk pengarah yang telah banyak menghasilkan filem - daripada segi jumlah mengalahkan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Akulah yang memperkenalkan Z. Lokman dengan Nazarudin Hashim, pemilik Swamatra Sdn Bhd yang kemudiannya menghasilkan filem pertamanya `Mendidih Bro'.
"Kau memang bangang! Kau memang bodoh!" Semudah itu Z. Lokman melontar ayat kepadaku setelah lebih sebulan proses membangun skrip `Mendidih Bro' (proses membangun skrip dibuat secara bersama dengan Naza kira-kira dua bulan di Studio Swamatra, Mantin.)
Puncanya bukanlah besar sangat. Z. Lokman waktu itu sedang menyudahkan filem pertamanya setelah `menyepi' sejak 2010 mengarah filem tempatan.
`Malaon' terbitan sebuah lagi rumah produksi milik anak Negeri Sembilan, Kirawang Sdn Bhd.
"Kepantangan aku bila dah kata bersedia masuk balik. Kalau belum bersedia katalah belum bersedia!," jerkahnya bagai orang tak siuman yang naik marah secara tiba-tiba di pintu keluar arah bangunan studio Swamatra yang bernilai RM3 juta itu.
Z. Lokman bersama Sang Pencerita dalam satu majlis anjuran TLDM di Melaka |
Sebelum itu adalah beberapa peristiwa kecil yang menyebabkan kami berkelahi secara adik-beradik - sekejap elok, sekejap tak baik. Puncanya kerana perkara-perkara kecil juga. Z. Lokman suka sangat ganggu aku yang sedang berfikir atau bekerja bagi mengatasi masalah `filem kegemarannya' hilang di skrin komputer.
"Saya tak hendak dapat dosa bersubahat bang. Sudahlah komputer saya. Saya yang ajar gunanya. Tak cukup dengan itu saya juga sering dikejutkan sedang tidur kerana nak tengok cerita .... tu."
Aku perasan, Z. Lokman mula naik tochang setelah tiga kali membeli rokokku yang aku jumlahkan cuma bernilai RM27.00
"Aaaaah!" Z. Lokman merengus sambil meminta aku segera membawa Toyota RAV4 aku mendekatinya.
nota: 1. `Malaon' tidak ada kena mengena dengan Swamatra Sdn Bhd yang aku COOnya. 2. Kamera baharu kami beli Z. Lokman yang rasmikan dan kemudahan yang digunakan juga tidak dikenakan sebarang bayaran 3. Toyota RAV 4 tidak disewa dan tidak diisi minyak olehnya 5. Aku bukan `driver' berbayar Z. Lokman. 6. Aku disuruh jadi jurukamera bagi mengisi kekurangan 35 minit filem `Malaon' tanpa satu sen berbayar dan bla... bla... bla...
Jadi di mana letak BODOH aku? Kalau nak kata BODOH juga aku boleh terima jugalah kerana sedia menjadi KULI BATAKnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan