Sang Pencerita bersama Atez Ramo dan emak saudara pengarah Rizal Halim. Foto: Faiz Tajul |
Ris Intan |
Waktu itu aku bersama sebuah produksi yang menghasilkan filem pertamanya. Aku sempat singgah dalam dunia ini sekitar tiga bulan yang bermula awal November 2016 itu.
Bagaimanapun tempoh ini adalah tempoh yang benar-benar menguji kekuatan mental dan emosiku. Tempoh lari dari dunia yang bagai 100% kontras itu berakhir dengan cerita duka. Tak perlu aku huraikan. Pedulikan. Memang aku sering disalah tafsir dan sedikitpun aku tidak kesalkan. Ini memperkaya leksikon hidupku.
Bercerita mengenai disalah tafsir, ia adalah `satanic circle' dalam riwayat kehidupanku. Di tempat kerja bos sering tidak dapat membezakan pandangan Zulkifli Abu sebagai seorang Ketua Jabatan dengan Zul yang juga rakan sekerja yang sama taraf dengannya satu ketika dahulu dalam `Top-Management Meeting.'
Mengapa perlu bermasam muka kalau kita mempunyai pandangan berbeza? Hargai perbezaan dan hormatinya kerana tidak semua orang datang dari `School Of Thought' yang sama.
Tak perlu menyelongkar cerita lama untuk mengukuh argumen - orang yang paling hampir dengan diri inipun sering menyalah tafsir hingga kini walaupun usia ikatan hampir 40 tahun. Apa peliknya?
Aku tak mahu `regret' atau kesal sendiri - cukup dengan berfikir selapis.
Kalau ada orang datang minta tolong kerana mengadu tidak ada beras di rumah untuk menyuap anak-anak; kalau ada wang ketika itu - berikan sahaja. Tak perlu fikir-fikir panjang. Bukankan aku juga seperti 400,000 guru lain diminta menyerapkan Nilai Murni dalam pengajaran. Kalau kita ajar orang tapi kita tak buat benda itu, munafik namanya.
Lalu kata-kata sewaktu aku menyelongkar posting Ris Intan sebentar tadi bagai aku setuju belaka. Mungkin kami datang dari `School of Thought' yang sama walaupun mempunyai jurang umur yang jauh dan jauh bezanya.
Walaupun kali pertama bertemu, keluhuran hati melahir suasana bagai sudah 100 tahun bersama. Foto: Faiz Tajul |
Jangan pula ada yang menyalahtafsir hubungan aku dengan Atez Ramo dan Ris Intan, cukuplah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan