Perkara pertama dilakukan untuk membantu Aisyah Sang Pencerita, membawa perkara ini kepada Jawatankuasa Masjid, Ahad lalu |
Sementara menanti teh tarik yang
diminta siap, seorang wanita mendekati Sang Pencerita. “Encik cari apa? Dari
tadi saya lihat melilau dari gerai ke gerai.”
“Saya cari rokok,” aku menjawab ringkas.
“Semua gerai tu jual rokok. Encik
hisap rokok apa?”
“Rokok kretek.”
“Oh! Patutlah tak jumpa. Kami tak jual
rokok seludup. Salah Encik.”
Aku bungkam malu.
“... tapi kalau Encik ketagih sangat,
biar Aisyah belikan. Kedai hujung tu ada jual sebatang, sebatang tapi Dunhill
saja tahu!”
Dengan pantas duit diserahkan. “Beli
dua batang.”
Sambil menanti, terfikir juga karakter
pelik Aisyah – baru kali pertama berjumpa, mesranya macam kenal lama.
“Nah!,” tiba-tiba dia menyergah sambil
menghulur dua batang rokok Dunhill.
“Encik nak makan apa-apa ke? Aisyah
tolong kakak tu berniaga. Cekodok masih panas Encik.”
Aisyah membantu Puan Megawati, pemilik Warung D'Masjid |
“Jangan main-main geng! Tak pernah
berlaku dalam tempoh tujuh lapan bulan ini tak hisap rokok lebih tiga jam,” aku
berlelucon sendiri. Kah! Kah! Kah!
“Encik!,” sekali lagi Aisyah
menghampiri.
“Maaf Encik ya Aisyah mengganggu.
Aisyah tak tahu nak minta tolong dari siapa.
“Aisyah ni bodoh Encik. Ada kad OKU.
Pada kad ditulis OKU Masalah Pembelajaran.
Aku semakin keliru.
“Encik percaya tak dengan orang Cina?”
satu lagi soalan yang ditembak boleh membuatkan kita menggelupur.
“Aisyah Hokkian tapi masuk Islam bila
kahwin Melayu.
“Sejak dahulu saya sentiasa percaya
kepada semua orang – tak kira bangsa dan agama,” aku menjawab selamba sambil melepaskan kepulan asap
kepuasan.
“Keluarga dah buang Aisyah Encik.”
“Aisyah juga dah cerai dengan suami.”
“Sejak bila?”
Aisyah dihantar pulang ke bilik sewanya oleh Sang Pencerita dan Haji Mohd Zin Abdullah, SU Masjid Kariah Paroi Jaya 2019/20 |
“Dia jahat Encik. Masa kahwin dengan
dia, saya ada duit simpanan RM40,000 tapi semua dah habis dia gunakan.
“Bila duit habis, dia ceraikan saya," Aisyah mula sendu.
“Lepas dia ceraikan saya, orang kata saya gila Encik. Mungkin betul juga. Sudahlah keluarga buang saya, suami juga begitu.
“Lepas dia ceraikan saya, orang kata saya gila Encik. Mungkin betul juga. Sudahlah keluarga buang saya, suami juga begitu.
Nasib baik kakak yang saya tolong ini sekarang
bantu. Saya tak minta gaji dengan dia Encik. Saya hanya minta diberi makanan,
itu sudah cukup.”
Suasana hening seketika.
“Encik! Lepas ini saya tak tahu nak
pergi mana. Hujung bulan ni kakak tak berniaga lagi. Dia kena jaga emaknya yang sakit. Ke mana saya hendak pergi Encik?
Keharuan melanda dan ia semakin parah
apabila Aisyah menyambung kata.
“Oh
ya! Boleh tak saya panggil Encik, abah?”
Tanpa mengambil masa panjang, aku
terus memberi jawapan.
“Panggillah Aisyah,” nada suara kebapaanku
jelas.
“Abah! Boleh tolong Aisyah tak?”
“Tolong macam mana?”
“Sewa bilik tak bayar RM250.00 Aisyah
tak da duit abah.”
Sekali lagi aku terkedu.
“Bila masuk Islam saya diajar orang
Islam itu baik. Orang Islam itu sentiasa nak tolong orang tapi...,” suara
Aisyah terhenti di situ.
Belum sempat nak sendu, Aisyah
menyambung kata.
“Nak tengok abah. Abah buat tak macam
Islam suruh. Nak buktinya sekarang juga.
Tanpa perlu membuang masa seperti
biasa, wang segera bertukar tangan. Angkanya biarlah dirahsiakan – sedangkan
tangan kiri tidak boleh tahu apa yang tangan kanan beri.
“Terima kasih abah,” Aisyah segera
mengundur diri kerana menyambung kerja.
Sebagai mantan pensyarah, kami sering
melakukan kajian tindakan sebelum bertindak – maka tiga orang pemandu bas yang
duduk semeja (tentunya turut mendengar perbualan kami) ditanya.
“Betulkah apa kata Aisyah tadi?”
“Betul Encik. Dia tu budak lurus.
Mungkin semua yang ada di sini tahu kisahnya; dia bukan perempuan jahat.
“Hairan juga saya. Dengan Encik dia
berani cakap macam tu.”
Walaupun mengikut teori, tindakan
perlu dibuat setelah permasalahan yang dikenal pasti perlu disahkan melalui
penyelidikan susulan; Sang Pencerita terus membuat rumusan segera – Aisyah perlu
dibantu. Sang Pencerita tidak mahu imej buruk Islam terus-terusan menggunung. SangPencerita ingin
sangat menyumbang saham ke arah `Orang Islam Itu Bikin Apa Yang Dicakapnya.’