APABILA menulis mengenai Penasihat Studio Sang Pencerita, Rauf Puteh di Facebook awal pagi tadi banyak kenangan silam yang silih berganti tiba di kepala.
Apatah lagi ia membabitkan selebriti popular di Negeri Sembilan - DJ Radio Malaysia Kawasan Tengah (RMKT), kemudiannya bernama Radio Malaysia Negeri Sembilan (RMNS) dan terkini bertukar nama menjadi Negeri FM.
Sewaktu bernama RMKT, stesen radio ini terletak di kawasan Taman Bunga Seremban iaitu di bahagian belakang Allson Klana Resort. Kini ia sudah bertukar menjadi dewan dan boleh ke sana melalui jalan singkat berhampiran Gerai Makan Jalan Penghulu Chantik.
Sebagai Timbalan Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan (KELANA) dan stringer Berita Harian ketika itu, SP memang rapat dengan DJnya - Adam Tahir, Salleh Abdul Rahman, Daud Abdullah, Gee Fazidah, Amy, Rauf Derahman dan tentunya juga termasuk pengarahnya Abu Samah Mahat yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johol.
Banyak juga SP dapat duit RTM ketika itu. Rauf pernah panggil SP sebagai tetamunya untuk bercerita kehidupan menangkap ikan di Jengka, Gee Fazidah pula penerbit rancangan bahasa dan sastera yang SP antara perantaranya, selain Mahaya Mohd Yassin, Radzali Ghani dan Nisah Haron.
Paling banyak beri SP job tentunya Amy anak Sabah yang manis itu. SP diberi kepercayaan menulis skrip dan menyampaikan sejarah kehidupan Pendeta Za'ba sempena pembukaan Teratak Za'ba.
Sewaktu membuat ijazah di UKM, Amy menjalani latihan industrinya di Studio Sang Pencerita yang ketika itu beroperasi di bangunan milik sendiri di Seremban 2.
Masih jelas dalam ingatan SP beri Amy markah `A'.
Sewaktu Studio Sang Pencerita beroperasi di Jalan Haruan 5/6, Oakland Commercial Centre ini DJ yang paling rajin datang adalah Adam Tahir yang kemudiannya menambah Rumba di belakangnya.
Mana datangnya perkataan Rumba itu? Ia tercipta di Studio Sang Pencerita.
Adam tertarik dengan koleksi lagu-lagu berirama rumba yang sering SP mainkan sewaktu sendirian di studio. Adam bukan sekadar belajar menari rumba dengan SP malah dia sering `bergolek bante' atau orang sekarang panggil `berkubang' kalau tidak ada kerja.
Adam juga selalu tidak balik rumah dan tidur bersama SP di studio. Sebahagian perancangan rancangan radionya dibuat di Studio Sang Pencerita. Tulisan-tulisannya itu masih ada dalam komputer SP.
Suatu hari Adam bawa Nen yang baharu bekerja ke studio. Itu pertemuan pertama kami.Nama Tebabo juga timbul selepas kedatangannya.
"Bang! Pokok dek abanglah. Se tak boleh. Nen panggil se Uncle," Adam bagaikan berbisik sewaktu menuju Aeon (Jusco)
Atas permintaan Adam, selepas makan-makan di Restoran Steamboat, Adam ajak SP `shopping'.
"Nen! Pilih Nen! Pilih.," Adam bagaikan dialah Sang Pembayar bil apabila menyuruh Nen memilih pakaian di kedai yang turut menjual jeans berjenama.
SP cuma memerhati dari jauh.
"Bang! Dah!," Begitulah biasanya. Panggilan abang dengan suara manjanya menyebabkan jantung SP `bedorau'.
Apa baju yang dipilih Nen di kedai berjenama itu?
Nen cuma memilih T Shirt yang diberi diskaun 70%
Harganya cuma RM7.00
Hingga kini masih terbayang T Shirt berwarna hijau `rumput tua yang nak mati' tu.
Foto: Hasil `tembakan' Canon EOS 400D di Studio Sang Pencerita, Seremban 2..
Nota: Sewaktu kejadian, Nen Tebabo berstatus `janda meletop anak satu.'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan